Report Metro vs Green Outing
Alhamdulillah outing yang telah aku anjurkan bersama rakan2 aku dari bangi berjalan dengan lancar dan teratur. mengikut masa yang telah ditetapkan sepatutnya habis dalam pukul 2 mcm tue… tapi sebab diorang terlalu teruja untuk shoot… maka habis kul 5 gak akhirnya… yang penting diorang enjoy dengan outing kali ini…
bersyukur cuaca hari tersebut agak baik. walaupun assistant aku bangun lambat ari tue wakwkawkakkw…. dah agak dah… apa2 semua ok aja.
terima kasih kepada semua peserta yang sudi joint outing ini dan memberikan komintment yang amat baik sekali… harap apa yang telah dicurahkan boleh digunakan dimasa akan datang, dan kami berharap hubungan antara semua akan menjadi rapat.
terima kasih jugak kepada model2 yang memberikan komitment yang amat tinggi pada hari ini.. lain kali kita shoot lagi… orait… thanks…
pada semua fasi terima kasih atas kerjasama anda semua… harap kita boleh buat lagi lepas nih….
n yang paling tinggi terima kasih kepada azizil sidek yang banyak membantu aku bagi menjayakan program ini… terima kasih….
n terima kasih untuk semua…. harap berjumpa lagi…

Outing: Metro vs Green (Couple Portraiture)
Tarikh: 15 Ogos 2009
Lokasi: Tasik Perdana & Kuala Lumpur
Fasilitator:
+ Rashdi Amin (peveyhack) Chief
+ Azizil Sedek (Chief Assistant )
+ Zubir Juzad (Fasilitator)
+ Muhamad Zayd (Fasilitator)
+ Yusaini Yunus (Fasilitator)
Model:
Rina, Amar, Ji, Nabil, Syaz & Hafiz
Objektif Outing
Berkongsi pengetahuan dalam ilmu dunia fotografi khususnya fotografi perkahwinan di mana jurugambar perkahwinan yang semakin ramai seperti cendawan tumbuh. Maka, diharapkan agar ilmu-ilmu yang dikongsi dapat menghasilkan jurugambar yang mempunyai hasil seni yang berkualiti tinggi dan mampu bersaing dengan sihat.
Rentetan peristiwa outing hari itu
Seramai hampir 40 orang peserta termasuk model & fasilitator telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti bermula seawal jam 7.30 pagi di mana peserta mula mendaftar & berkumpul. Sesi memperkenalkan diri bermula setelah pendaftaran dibuat. Taklimat ringkas mengenai objektif outing, asas fotografi, etika semasa bekerja sebagai fotografer & lain-lain diberi oleh fasilitator.
Sesi pertama di sekitar Tasik Perdana dengan mendapatkan elemen2 yang telah diberi dlm taklimat awal tadi. Setelah selesai, postmortem untuk sesi pertama dilakukan. Peserta bergerak ke Central Market untuk makan tengah hari & menghantar gambar-gambar terbaik kepada fasilitator di samping sesi soal jawab berlangsung.
Peserta bergerak ke Central Market utk sesi kedua yang lebih mencabar kerana elemen yg pertama tadi ditambah dgn kesesakan ibukota & cuaca yg amat panas. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun kebanyakan peserta telah keletihan.
Berkumpul semula di Central Market utk sesi postmoterm dan acara penutup. Setelah gambar disubmit kepada fasilitator, peserta berehat sambil menikmati minuman yg segar dari kedai mamak berhampiran.Semua kelihatan letih tetapi saya pasti anda pulang dgn sesuatu yang berbaloi-baloi.
Outing bersurai lebih kurang jam 5.00 petang.
laporan lengkap oleh azizil sidek
Rashdi Amin (Jurugambar Perkahwinan)PEVEYHACK PHOTOGRAPHY (001805262-A)
Call @ SMS : 012-3511569
Official website : http://peveyhack.com
Photoblog :http://blog.peveyhack.com
Email : admin@peveyhack.com
YM : pevey_hack@yahoo.com
