::: 3rd Year Anniversaries in Photography ::: | Rashdi Amin

::: 3rd Year Anniversaries in Photography :::

Posted by peveyhack | Uncategorized | Thursday 17 December 2009 5:08 am

3rd
picture by zayd

Assalamualaikum,

Kepada yang baru pertama kali masuk blog aku n yang pernah masuk blog aku nih…

Disini aku nak habaq mai bulan nih genap 3 tahun aku dalam arena wedding photography ini.. Banyak perkara yang aku telah pelajari. dan dalam tempoh 3 tahun tersebut banyak perkara pahit manis yang telah aku lalui, dan tak perlu aku ingat kerana aku perlu terus pandang kehadapan dan biarkan yang lepas menjadi sejarah dan pengalaman yang boleh aku gunakan untuk dimasa akan datang…

Tujuan aku create entry ini ialah untuk berterima kasih pada orang-orang yang banyak membantu, memberi, menyokong, dan berbagai lagi dalam photography yang aku ceburi ini.

Syukur aku kehadrat ilahi yang mengurniakan rezki yang melimpah buat aku dan keluarga. aku amat bersyukur dengan rezki-rezki yang telah dilimpahkan dan mengurniakan aku sepasang mata yang boleh melihat keindahan dari sudut kanta, “ya allah ya tuhan ku aku amat bersyukur kepadamu dengan nikmat2 yang engkau telah berikan sesunggihnya engkau maha pengasih dan maha mengasihani… amin”

Ucapan terima kasih yang tiada tolok bandingannya ialah kepada Isteri tersayang Siti Salina Sarip, Anak-anak aku Muhammad Farish Iskandar and Muhammad Iqram Iskandar kerana pengorbanan yang tiada bandingannya… aku terpaksa curik masa diorang untuk mengejar cita2 dan rezki. Ayah luv u all.

Ucapan yang teramat mulia untuk Ibu( Hajah Nafisah Binti Sebahak)  yang melahirkan dan yang membersarkan aku dengan sempurna cukup makan, cukup pelajaran dan cukup kasih sayang .. jasa ibu takkan aku lupa sampai akhirat nanti. sayang mak..

Ucapan terima kasih kepada arwah ayah (Haji Mohammad Amin Bin Haji Abdullah) yang banyak mengajar aku erti kehidupan, agama dan sumber rezki untuk keluarga.. terima kasih abah.

Terima kasih kepada kaum keluarga yang memahami kerja aku.

Jutaan Terima kasih pada orang2 yang banyak berkhidmat dengan aku ( Azizil Sidek, Matt Ranggie, Yusdi,  Ariffin, Acai Jawa, Kerul Shukor, Mohd Rizan, Zayd, Fairuz Ismail, Hatta, Apis Penembak tak mati, (nanti aku update lagi)

Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan (Napie, Namba, Zubir Juzad, Shaiful Safar, Akmal, Tom, Ajib, shah MVP, kukubesi, ahmad fairuz, saiful nang, azrul pencerita, SAR, ian ahmad, ted adnan, syahrin aziz, hermanz, awan setiawan, adhadi, zuhri, spirit, kamalia kamal, fazilah, honey abdulah, jaggat, engku iskandar, iman, mahazam, undermysin, quyyum, sirreh, rarindra prakrsa, scherewl, yadaziz,amm_watan, sumardi,lijet (nanti aku update nama lagi lupa plak)

Terima kasih juga kepada mak andam, hair stylist, makeup artis, wedding planner, butik

Tidak lupa yang pernah TAG ngan aku… maaf aku lupa nama… terima kasih atas pertolongan anda semua

pada model2 yang penah aku shoot terima kasih jugak… semoga anda semua akan berjaya (bell, alia, que, effa, sofea, clarvie, ika jean azman, evelyn, nanti update kalau ada yang tertinggal..)

dan yang utama sekali jutaan terima kasih kepada x-customer aku yang percaya akan hasil2 kerja aku yang tak seberapa tue.. n customer2 aku yang bakal aku shoot akan datang. tanpa korang sapalah peveyhack photography… terima kasih atas kerjasama, senyuman, layanan, harap2 kita akan berjumpa lagi.

tidak lupa kepada pengunjung2 blog aku ini… terima kasih banyak2

Pada lecture-lecture yang mengajar aku Dr. Malik, Dr. Juhana, Dr. Azizah, Dr, Zawiyah, Dr. Mat Jan di BIT 10 UKM… rakan2 klass yang banyak bantu aku yang blur semacam nih… apa2 pun teruskan membantu aku… hehehehe thanks to all

Pada rakan-rakan sekerja aku abe, ellen, enizza, ains, jaja, ros, kak nor, fiza, sham, aida, zubir, ct, kak limah, mad noor, kak yu, naja, wong, ajib, renah, job, ira, sitik, zul, pian, amid, lin, din, kak fizah, sharul, adlin, nisa, raihan, dayah, Prof Noor, Prof Shiela Prof Barsya, Prof Amir.. n special thanks to  Prof  Rahmah Mohammed (TNC UKM)… dia aku anggap mcm mak aku dah.. dan semua student yang berada di MGI

azam aku untuk tahun 2010 — nantilah cerita jeng2

tahun 2009 adalah tahun yang sangat sangat sangat mencabar pada diri aku… tapi aku tetap harungi dengan rela hati… ” berpatah sayap bertongkatkan paruh namun ku daki ku daki jua”

akhir kata dari aku, terima kasih kepada yang mengenali aku dah pernah mengenali aku, semoga hidup kita lebih berkat dan bersemangat. selamat tinggal 2009

Gambar wedding yang petama sekali aku ambik sebagai job pada 3 Disember 2006  selepas aku beli camera DSLR pertama aku. secondhand canon 300D  pada bulan 11 2006 dan masa nih hanya berbekalkan body, kitlen dan speedlight 550Ex yang dah rosak… (belasah jer) dan disinilah aku bermulanya…  job nih pun mak andam yang bagi… thanks to kak jumi yang banyak bagi peluang kat aku untuk buat research aku… hahahahhaha
8r2

Rashdi Amin (Jurugambar Perkahwinan)
PEVEYHACK PHOTOGRAPHY (001805262-A)
Call @ SMS : 012-3511569
Official website : http://peveyhack.com
Photoblog :http://blog.peveyhack.com
Email : admin@peveyhack.com
YM : pevey_hack@yahoo.com

Rashdi Amin's Facebook Profile

13 Comments »

  1. Comment by @mmw@t@n — December 17, 2009 @ 10:12 am

    Selamat Ulang Tahun Abam Pevey..

    *ko dah lupa aku.. huhuhu..

  2. Comment by hidayatsaidi — December 18, 2009 @ 4:11 am

    semoga murah rezeki..hakhak.kalau gmbr header tu ,menunjukkan thn pertama dan gmbr entry thn 3..manyak perubahan wooo..

  3. Comment by Acaii — December 20, 2009 @ 3:25 pm

    Pevey, serius aku rasa terharu sangat baca entry ni..antara entry paling best ko pernah buat,hehe..selamat ulang tahun ketiga pevey..terima kasih juga sebab selalu bagi aku tunjuk ajar dan dorongan dari aku tak reti pape sekarang dah boleh berdiri sendiri..

    Takde apa aku nak cakap, cuma aku doakan semoga rezeki ko sekeluarga bertambah murah..skill ko bertambah mantap dan semuanya dipermudahkan untuk ko sekeluarga..setinggi manapun kita pergi memang tak dapat lari dari berterima kasih kepada orang yang sekian lama menyokong kita..tu yang aku kagum ngan ko..all the best bro!!

  4. Comment by zam — December 21, 2009 @ 4:41 am

    ~ selamat ulang tahun n tahniah bro:)

  5. Comment by Azizil Sedek — December 24, 2009 @ 3:31 am

    Pevey. Aku terserius bace entry ko pg2 ni. Heheh.
    Ko adalah org yg bnyk ajar aku dlm ilmu photography ni. Baik teori mahupun praktikal. Aku tau aku mmg anak murid yg degil. Hahah.
    Ape2 pon aku doakan ko sukses dlm life, family, karier, study n sume2 skali.
    Tahniah!!!

  6. Comment by peveyhack — December 24, 2009 @ 3:46 am

    amm - lupa plak aku…sorry… dah masuk dah

    hidayati - terima kasih… saya dah masukkan gambar fisrt wedding saya shoot

    acai - terima kasih… bagi aku terima kasih itu adalah dengan berterima kasih menandakan kita apa bersyukur dengan apa yang kita ada… dan sentiasa mengingatkan kita. hidup ini perlu ada orang2 yang sentiasa menyokong kita… tak kira dalam keadaan susah dan senang…

    zam - terim kasih

    azizil sidek - ko memang degil… hahahha tapi ko adalah anak murid terbaik dan shabat yang terbaik disepanjang photography aku nih… ko ada bakat dan boleh berjaya… ingat “Bila melangkah biar terus jangan sesekali menoleh kebelakang” orait bro… good luck (payah tul nak jumpa sekarang nih)

  7. Comment by Kerul Shukor — December 24, 2009 @ 4:27 am

    Salam, sunguh bermakna entry ko kali ni dengan pengisian yg membuat kan aku bersemangat tibe², aku doakan ko berjaya, tidak dlm fotografi sja, tp dalam semua bidang..termasuk la pasal study ko tu..dan smoga ko n famly akn dimurahkan rezki lg..dan terima kasih jugak kat ko yg bnyak beri pertolongan kat aku selama ni..thanx bro!!

    all the best!!

  8. Comment by Yon Bakar — December 24, 2009 @ 4:46 am

    Wah, aku pun bangga la dgn ko sbg rakan seperjuangan yg baru ni. Aku byk gak nak belaja dgn ko…supaya nanti aku pun dpt 3rd years anniversary mcm ko. Chayok2!!! Semakin lama semakin mantap. Alhamdulillah.

  9. Comment by jarri — December 24, 2009 @ 5:55 am

    pevey, ko keje MGI ke? patut la aritu nampak ko shoot outdoor kat putrajaya dengan mahzan. mahzan tu senior aku.

  10. Comment by peveyhack — December 24, 2009 @ 6:20 am

    kerul - terima kasih… ko pun semakin mantap… good luck

    Yon - terima kasih gak…

    jarri - a ah aku kerja kat MGI… mahzam memang aku kenal

  11. Comment by cot — December 30, 2009 @ 2:41 pm

    tahniah pevey…
    moga terus berjaya dlm segala bidang yang ko ceburi…
    walaupun xpenah folo ko..
    tp gambar2 ko ttp jd rujukan aku…
    seloga berjaya ;)

  12. Comment by nikdreyanz — December 31, 2009 @ 3:18 am

    selamat ulang tahun bro….tahniah atas pencapaian selama ini dan terima kasih kerna selama ini banyak ilmu yang boleh di pelajari dari website ini….

  13. Comment by rakadewa — January 1, 2010 @ 12:08 pm

    selamat ulang tahun pak….

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment