::: Re-shoot Miera & Wan :::
ramai gak orang tanya pevey nih tak boleh edit gambar yang bukan2 ker (selalunya customerlah) … mcm gothic or what ever…
- bukan taknak buat sebenarnya tak teror pun wakwkakwa… penatlah nak edit gambar2 mcm tue,.,, makan masa.. berjam2… tak laratlah banyak album yang belum settle…
- ari nie satu editing yang ala2 gothic bangang dari aku, lama tak try nie yang nak asah bakat nih… wakwakkwa… tapi biasalah kerja orang malas cincai sikit… tak detail sangat … n tak cantik sangat pun… wakwkakw…
Berbalik kepada entry yang aku nak cerita kali nie ialah pasangan Miera & Wan yang mengamanahkan aku untuk Re-Shoot diorang atas alasan apa tue hanya aku dan mereka saja yang tahu… heheheh… (nie kira post wedding dioranglah). Aktiviti pengambaran ini berlaku agak lewat dalam pukul 6.30 mcm tue, pastu nak hujan plak… korang bayangkan… aku kena dapatkan gambar dalam beberapa jam untuk muatkannya dalam sebuah custom album bersize 10×24 huhuhu cuak pun agak terasa… walaupun aku yakin dengan diri aku… poyo betul.. mueheheh
shoot outdoor tak sampai 10 minit hujan mula menampakkan rintiknya… kami cuba mencari port yang boleh melindungi aktiviti kami hari tue… sampai disatu kawasan area putrajaya… hujan turun dengan selebat2nya… huhu.. memang tak disangka.. dalam keadaan yang gelap dan hujan aku kena shoot gak.. sebab tue jer time yang ada..
assistant aku pada hari tue azizil sidek juga menepuk dahi ” apa nak buat hujan2 nih” hahahha pening sat n cuba berfikir dengan pantas… belek2 kawasan yang kami singgah tue… tup…tup.. terus terpancar idea2 yang hanya kami hanya guna locationnya disitu sahaja… hahaha… tapi memang best.. so.. kami teruskan sesi pengambaran tersebut sehingga hujan berhenti…
dah pukul 8 time tue… dalam masa 1.30 jer shoot untuk satu custom album wakwakwka. giler. apa jadi tak taulah… aku pun cakap kat mira ” oklah mira kira habislah kot dah gelap nih” boleh plak dia menjawab… ada tak lalang2 kat sini… (aku pandang azizil azizil pandang aku biol jap) dalam hati aku.. pukul 8.00 mlm nak carik lalang… wkawkakwak memang kelakar… tapi aku tak sampai hati untuk hampakan harapan miera, aku carik gak.. walaupun dapat shoot sikit jer…
sampai jer kawasan semak tue,…. korang tau… tak nampak apa dah gelap jer… ngan bantuan flash dan pengalaman.. aku buat jugak.. nak tengok guna finder memang tak nampak apa dah… huhuhu memang cabaran betullah…
apa2 pun seronok shoot ngan diorang nih… walalupun diorang datang lambat… hasil pengambaran hari tue berakhir dengan jayanya…. terima kasih pasa assistant aku pada hari tue azizil..
album dah siap miera tak ambik lagi… oklah sambung minggu depan sebab miera kat dia nak ambik esok… heheheh gambar pun ada sikit lagi tak upload sambung minggu depan gak… wasalam
Rashdi Amin (Jurugambar Perkahwinan)PEVEYHACK PHOTOGRAPHY (001805262-A)
Call @ SMS : 012-3511569
Official website : http://peveyhack.com
Photoblog :http://blog.peveyhack.com
Email : admin@peveyhack.com
YM : pevey_hack@yahoo.com















































































































































































